Tuesday, August 2, 2011

ramadhan almubarak : pahala malam sepuluh kedua tarawikh


 sebelum ni aku ada post kan pasal pahala malam pertama bersolat tarawikh sampai malam ke sepuluh.... 
kali ni ak wat sambungan daripada malam ke sepuluh tu dengan sambungan malam ke sebelas...
ini ternyata yang setiap malam pada malam tarawikh adalah bermakna....
for those yang masih tak p bertarawikh....sayang la.... sebab nya kita sendiri pon tau kan....
iaitu: -setahun sekali jer...
         -umur sehari semalam bukan kita yang tentukan...
         -bulan yang penuh dengan keberkatan..
         -insyaAllah doa2 kita akan di makbulkan dalam bulan puasa  
          kalau diminta dengan ikhlas....amin.....





Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati 


lepas ni ak akan sambung pulak insyaAllah dengan malam sepuluh terakhir di bulan ramadhan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...