Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Friday, August 5, 2011

ramadhan almubarak : kelebihan lailatulqadar

ni ada lah sambungan dari fadhilat kelebihan terawikh dari sebelum ini.... 
mungkin semua dah sedia tau ttg malam lailatulqadar...tapi hanya tau tapi tidak faham sepenuhnya.... itu pun masa sekolah dulu... apa salahnya kita ingt balik yea.....

renung2kan la dan sama2 kita beramal yea semoga amalan kita smua diterima ALLAH....Aminnnnn.....

 

Kelebihan malam 10 akhir Ramadan

 

 

 Kita bakal menghadapi malam 10 terakhir Ramadan yang banyak kelebihannya.

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;

  • Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;




  • “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

    Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:




  • “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)

    Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

  • Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)




  • Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)





  • Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.




  • Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)

    Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.




  • Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

    Bilakah Lailatul Qadar?

    Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam 10 terakhir Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah bersabda lagi bermaksud: “Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir.” (Hadis riwayat Bukhari)

    Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam itu berpindah-pindah pada setiap tahun.

    Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah (maksudnya) : “Ya Allah, sesungguhnya engkau Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Pengampun, maka ampunkan dosa-dosaku.”




  • Iktikaf pada malam 10 terakhir Ramadan yang mana fadilatnya lebih banyak daripada hari biasa. Maksud iktikaf di sini adalah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

    Rasulullah tidak pernah sekali pun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan hingga Baginda wafat. Isteri baginda.

    Syarat sah iktikaf:

    Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.

    Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.

    Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

    Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.

    Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.

    Perkara yang membatalkan iktikaf:




  • Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.




  • Murtad.




  • Hilang akal kerana gila atau mabuk.




  • Datang haid atau nifas.




  • Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)

    Perkara yang sunat dilakukan.




  • Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.




  • Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.




  • Perkara yang harus dilakukan.




  • Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.




  • Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.

    Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.



  • Tuesday, August 2, 2011

    ramadhan almubarak : pahala malam sepuluh kedua tarawikh


     sebelum ni aku ada post kan pasal pahala malam pertama bersolat tarawikh sampai malam ke sepuluh.... 
    kali ni ak wat sambungan daripada malam ke sepuluh tu dengan sambungan malam ke sebelas...
    ini ternyata yang setiap malam pada malam tarawikh adalah bermakna....
    for those yang masih tak p bertarawikh....sayang la.... sebab nya kita sendiri pon tau kan....
    iaitu: -setahun sekali jer...
             -umur sehari semalam bukan kita yang tentukan...
             -bulan yang penuh dengan keberkatan..
             -insyaAllah doa2 kita akan di makbulkan dalam bulan puasa  
              kalau diminta dengan ikhlas....amin.....





    Malam ke 11 – la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

    Malam ke 12 – la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

    Malam ke 13 – la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

    Malam ke 14 – Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

    Malam ke 15 – Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

    Malam ke 16 – Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

    Malam ke 17 – Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

    Malam ke 18 – Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

    Malam ke 19 – Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

    Malam ke 20 – Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati 


    lepas ni ak akan sambung pulak insyaAllah dengan malam sepuluh terakhir di bulan ramadhan....

    Monday, August 1, 2011

    ramadhan almubarak : menu hari ni...

    salam semua......
    hari ni kan hari pertama kita sambut ramadhan...
    ingat kan penat dan letih macam tahuntahun sebelum ni...
    tapi alhamdulillah la kan....
    penat langsung tak terasa sampai kan nantok pon tak rasa..
    kalau tak, jangan harap laaa...
    free jer nak tdo la kja...


    yang bestnya.....
    time nak get ready untuk nak bukak posa jer...
    punya la awai mak aku masak.....
    tau tak,....
    pukul 3 dah stat masak....
    selalunya pkul 5 masak


    haha....
    yer la kan....tkot xsempat nak get ready bila da sampai waktu...
    ak bajet macam nak masak cket jer untuk berbuka...
    yer la....kmi bukan ramai....
    4 orang jer dalam rumah ak ni...
    yg lain kat rumah masing2 la....


    pukul 6.30 ptg...
    siap segala juadah hidangan....
    benda pertama...lengat durian ( izi makan pulut durian ak lengat durian)
    benda seterusnya....gulai nenas + ikan bilis...
    hidangan dari mak ak


    lepas tu.....
    masakan dari aku....nasik goreng + meehun goreng singapore + nasik putih + ikan pari/ikan temenung(kembung)/ikan ape ntah..(aku tak kenal sgt) + sambal tumbuk   + telur dadar +  sambal kicap +ulam timun n pucuk janggus + air masak/air ros tawar macam air sejuk...


    membazir kan....,,,
    so..apa da jadi lepas makan.....?
    semua tak abis, kecuali telur..ak yang habiskan....
    aku kan suka telor....


    haha....
    ak ingat nak makan kurma jer 3 bijik time berbuka.....
    alahai...tak menjadi la....
    sebab ak bukan peminat kurma yang fanatik....
    tapi apa kan daya....



    dan.........
    ak nak tgok pulak menu esok...
    mudah mudahan tak ada lagi pembazirannnnnn...
    membazir kan amalan syaitan......
    sapa yang membazir,, dia lah syaitan kan... haha....



    Sunday, July 31, 2011

    ramadahan almubarak : pahala malam pertama tarawikh

     baru ingat nak pergi bertarawikh malam pertama macam malam ni kan.... tp bila dah plan baik punyer jer....paham2 jer la kan orang ppuan ni kan.... ada ja halangan yang datang melintang pukang....nak lari bertempiaran pon wat penat jer...'dia' ttp datang...so.. di sini aku nak kongsi sedikit la kan ttang pahala solat tarawikh pada awal ramadhan.........



    Kelebihan Solat Tarawih (Malam pertama hingga ke sepuluh

    1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
    Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

    2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
    Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

    3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
    Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

    4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
    Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

    5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
    Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

    6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
    Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

    7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
    Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

    8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
    Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

    9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
    Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

    10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
    Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.



     dan sebelum tu kita dengar kejap nasyid semperna ramadhan ni yea.......

    Saturday, July 30, 2011

    puasa


    diam tak diam....
    esok dah masok bulan ramadhan...
    yer la kan...
    selama 11 bulan asik makan jer kan....
    so mulai esok...
    semua manusia yang beragama islam akan menyambut bulan ramadhan almubarak...
    malam ni da stat semayang terawikh rasanya....
    insyaAllah...
    kalau tak ada aral melintang...malam ni sampai la ke tmpat yang lebih afdal untuk bersolat terawikh kaaannnnn....
    ape pon selamat menyambut ramadan untuk smua umat islam yea......
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...